COVID19 - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Hari ni 18hb Mac 2020 hari pertama PKP. dilaksanakan di Negara kita Malaysia ekoran wabak Corona virus @ COVID19. Tempoh PKP ini adalah 14 hari sehingga 31 Mac 2020. Dipendekkan cerita, wabak ni dikatakan bermula di China pada awal tahun 2020 dan semakin serius menjelang Februari dan memaksa negara kita terpaksa melaksanakan PKP setelah terdapat beberapa kes positif.
PKP ni adalah salah satu usaha kerajaan bagi memutuskan rangkaian jangkitan. Di mana semua orang diarahkan duduk dirumah @ stay at home dan pergerakan dikawal. Dengan itu semua sekolah, IPT, pejabat, kedai2, pejabat kerajaan (tak semua) diarahkan tutup. Tapi ini bukan lah Lockdown atau darurat mcm yg lain2 negara praktikkan.
Time ni hanya, sektor2 penting je dibenarkan beroperasi mcm pengangkutan awam, farmasi, perbankan, stesen minyak, bekalan elektrik dan air dan sektor2 peruncitan like supermarket cam Giant n Tesco dan kedai runcit. Namun waktu operasi nya dihadkan. Jumlah pelanggan yg masuk ke kedai juga dihadkan hanya beberapa orang bg menjaga jarak sosial 1 meter. Kedai makan pula dibenarkan buka utk take away sahaja n delivery.
Memang time ni Pergerakan agak terbatas. Hanya satu wakil dari setiap keluarga sahaja dibenarkan keluar dan 1 kenderaan 1 orang. Itu pun dalam radius 10km sahaja. Sekatan Jalan masa ni di mana2. Sebarang pelanggaran Perintah @ keluar tanpa sebab boleh didenda RM1K atau penjara. Kalau nk pergi kerja pun perlu ada surat Arahan dari majikan. So time ni siapa2 nk balik kampung lupakan sahaja has rat. Memang x dibenarkan merentas daerah.
Itulah serba sedikit berkenaan PKP yang negara kita laksanakan. Ini adalah sejarah buat negara kita. Sebab ia pertama kali berlaku. Dan semestinya kita tiada pengalaman dalam situasi ini. So disebabkan ini pengalaman pertama kita, berikut antara perkara2 yg berlaku diawal Pelaksanaan tempoh PKP.
1. Pembelian panik makanan dan keperluan harian di kebanyakan supermarket.
2. Jalan dan stesen pengangkutan awam sesak di hari pertama PKP disebabkan ramai yang balik kampung 'Cuti panjang'.
3. Roti Gardenia menjadi produk paling laris diawal tempoh PKP. Stok dikedai2 habis dalam tempoh beberapa minit sahaja. Di sesetengah kedai, booking perlu dibuat utk mendapatkan Stok.
Itu antara beberapa peristiwa awal yg berlaku time PKP ni. Bagi aku, walaupun ini pengalaman pertama negara kita, tapi aku percaya dan yakin yang barisan frontliner kita terutama doktor dan semua petugas2 hospital termasuk anggota keselamatan negara mampu menangani situasi ini dengan baik. Ini kerana perkhidmatan kesihatan negara kita adalah antara yang terbaik di dunia, walaupun kita berstatus negara membangun.
Apapun berjaya atau tidak perjuangan kita menangani wabak ini bergantug kepada diri kita sendiri. So, kita sebagai rakyat, patuhlah arahan kerajaan. Bantulah petugas2 hadapan kita. So, stay at home. Percayalah duduk setahun dirumah lebih baik duduk sehari di hospital. Kecuali korang mmg kakitngan hospital lah.
#stayathome
#kitajagakita
Comments
Post a Comment
ulasan