JOM PI LANGKAWI - 6-8 MAC 2020
Alhamdulillah awal Mac itu hari ada rezki gi
Langkawi 6-8 Mac 2020 (3D2N). Memang betul2 rezki. Syukur sgt2. Sebab time kami pergi ni, betul2 beberapa hari sebelum PKP. Memang time nk gi ni pun 50/50. Tapi x sampai hati nk cancel coz dah janji dgn anak2. Lama dh diorg tunggu. Dari bulan Ogos tahun lepas. Mungkin ni mmg rezki diorang. So doa n tawakal moga semuanya selamat. Semua dah standby, dari topeng muka sampai sarung Tangan semua lengkap. Bismillah.
OK, asalnya plan ni start bila Malindo wat promo tahun lepas. Saje try. RM732.00 tuk satu
family 2 Dewasa 3 Kanak2 n satu Infant.
Murah la jugak kan. Lagipun memang niat nak bagi anak2 naik flight sebenarnya. Kesian dok tanya selalu bila kita nk naik flight.
Tapi before tu,
Tapi before tu,
Alang2 mmg dah book flight kan, wife aku gunalah trip ni as hadiah klu diorg cemerlang final exam nti. Print booking ticket tu n padam nama2 diorang kecuali yg
baby lah. Acah2 nama takde lagi lah. Pas tu tampal kat dinding sebelah TV biar
diorang hari2 tengok.
Untuk Abang yang darjah 4 dan adik dia yg sekolah PASTI
kami bagitau, Siapa dapat keputusan cemerlang final exam bulan Oktober ni
sekurangnya lebih baik dari exam mid term, baru diorang boleh tulis nama kat
tiket flight tu. Anak yang no 3 pulak, sebab dia tak sekolah lagi, mak dia
letakkan syarat buat perangai baik baru
boleh tulis nama. Yang tak cemerlang n perangai tak elok jangan ikut.
Akhirnya Alhamdulillah. Dua2 anak
yang sekolah tu dapat no.1. Rasa cam simple n nothing je mende2 ni
tapi sebenarnya boleh bagi motivated untuk anak2 belajar bersungguh2. Biar diorang
tau semua mende yang kita usaha kena ada matlamat dan akan ada ganjarannya. So
tibe hari nak pergi last sekali baru boleh tulis nama anak no 3 tu. Kan main
happy lagi budak tu.
HARI PERTAMA 6.3.2020 (JUMAAT)
Pagi2 kami dah gerak dari rumah. Maklumlah hari berkerja kan. Jalan jem. Berapa tahun kami ulang alik Putrajaya. Dah hafal dah. Chewah.
Pagi2 kami dah gerak dari rumah. Maklumlah hari berkerja kan. Jalan jem. Berapa tahun kami ulang alik Putrajaya. Dah hafal dah. Chewah.
Singgah sarapan dulu kt Mcd Putrajaya |
TIPS PARKING MURAH KE KLIA
PARKING DI PUTRAJAYA SENTRAL N NAIK ERL KE KLIA
PARKING DI PUTRAJAYA SENTRAL N NAIK ERL KE KLIA
Pas breakfeast terus ke Putrajaya Sentral n naik ERL Transit ke KLIA. Parking satu hari RM4 je banding kalau park kat KLIA. Tiket ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA untuk 2 dewasa, 3 kanak2 n 1 baby RM56.20 pergi balik. So tipsnya kalau nak murah ke KLIA atau KLIA2 park jer lah kat Putrajaya Sentral.
Flight Delay
Sebelum tu, nak story pasal flight delay. Asalnya flight kul 12.00 tapi delay kul 1.35. Ok lah masih dalam perancangan nak sampai before kul 3.00pm. Time balik pulak asalnya Kul 3 petang. Tapi delay kul 6.30 petang. Delay yg ni ok lagi lah. Pastu ubah lagi ke 10 pagi. Aiyaa. Kalau dah kul 10, kul berapa pulak aku ni nak check out kan. Lagipun rugi oi check out awal2. Datang jauh2, sekali sekala kul 8 dah kena balik. Aku call balik Malindo n minta diorang ubah jadual semula ke 6.50 petang. Mujur ada lagi seat. Untuk kali pertama ubah diorang kata tak ada apa2 caj tambahan. Tak lama lepas tu diorang email semula jadual yang baru. Delay ni mungkin sebab kes COVID19 la ni. Banyak flight batal. Ok Selesai.
Check in, seat n bawa stroller naik flight.
Sambung balik. Sampai airport terus check in. Untuk yang bawa baby, memang tak boleh nak check in online. Kena check in kat airport jugak. Alhamdulillah, dapat seat depan n sebaris (seat 5A – 5E). Row ke 2. Time balik tu pun sama jugak, diorang bagi seat paling depan 4A – 4E. Selesa n luas lah sikit. Mungkin mmg diorg utamakan family n infant utk duk depan kot.
Nak citer pasal stroller pulak. Ok stroller boleh bawak naik flight. Tinggalkan je kat luar pintu masuk flight tu. Pastikan lipat dulu. Nanti diorang yang akan simpankan. Simpan kat mana tak tau lah. Sampai nanti ambik je kat tepi tangga @ luar pintu masuk flight.
Zzzz..Flight 1 jam je pun sempat tido.. |
Setelah bersilat bagai dalam flight dengan yang kecik sekali tu, alhamdulillah sampai dah kat Langkawi. Selama dalam flight x tido. 10 Minit sebelum sampai baru dia tido. Bertuah punya budak. Sampai2 hujan. Tapi jangan risau Malindo ada sediakan payung.
Kereta Sewa
Kereta sewa aku ambik kat dalam airport tu jugak. Tak yah book awal2 pun tak per, Bukan cuti sekolah. Dapatlah MYVI. RM140 untuk 3 hari. Kiranya satu hari RM70.00 je. Kereta pun tip top.Terbaik.
Hotel n Parking
Kali ni kami duduk di Malibest Resort di Pantai Cenang. Bilik Deluxe wooden chalet. Best woo. Keluar2 dah boleh pijak pasir. Batak kan, haha. Lantaklah. Kalau korang nak book yang jenis wooden chalet n yang atas pokok tu kena book direct dengan Malibest je kat website Malibest Resort. Bilik yang aku duduk ni RM360 utk 3D2N. Bayar RM180.00 online as deposit n separuh lagi bayar masa check in nanti. Pas bayar diorang akan email terus confirmation.
Bilik ni bukanlah yang betul2 ngadap pantai. Kalau yang betul2 ngadap pantai tu Super Deluxe Chalet rasanya. RM460.00 3D2N. Hotel ni semuanya ok, cuma parking tak de. Kalau nak park, kena park kat tepi2 jalan sepanjang pantai cenang tu jer. Nasib lah kalau ada adalah. 2 3 kali gaklah pusing. Katanya diorang ada sediakan satu area parking tapi kena ada pass masuk. Tapi pas tu limited lah. Masa aku check in diorang kata pas tu habis. Takpelah no rezki.
Ok habis citer pasal hotel n parking.
Kaunter check in. |
3.30 pm. Selesai urusan check in. Puas hati dapat bilik ni. Strategic. Coz dkt sgt ngan pool n pantai. Tilam satu je King Size. Tapi boleh adjust. Cam x biasa kan. |
Bilik kitorang yg belah kanan nampak atap je tu. Yg atas tu Tree House, n depan sekali yg ngadap pantai tu Super Deluxe Chalet. |
Lunch Time - Day 1
Lepas check in kitorang gi lunch kat Hafiz Rojak kat area Pantai Kok. Sebelum pergi memang dah survey dah. Lunch simple2 je, pekena rojak + cendol tepi pantai. Jauh gak lah dari Pantai Cenang tu. Tapi berbaloi. Memang sedap. Patutlah viral.
Hafiz Rojak pantai Kok. |
Sambil2 nunggu order sampai boleh lah main air dulu. |
Diorang ni bila dh sampai sini tak ingat mkn dah |
Masa utk terjun. Tanpa, swimming pool, apa lah maknanya percutian kan. Pool ni akan ditutup kul 7. Time ni dah kul 6.15 pm. Sempat lah seround dua. Kuak rama2. |
Habis mandi layan pantai pulak. Katanya cantik View sunset kt cni. |
Mmg cantik View petang kat Malibest ni. |
MALAM2 DAY 1
Jalan2 kat pantai Cenang je. Nak bawak keluar kereta malas pulak, takut balik takder parking. Tapi memang malas pun. Last2 order pizza je makan kat bilik. Tak ingat amenda nama pizza tu, tp bukan pizza hut lah. Tapi mmg sedap, ada perisa, satay.
HARI KEDUA 7.3.2020 (SABTU)
HARI KEDUA 7.3.2020 (SABTU)
Hari ni memang kitorang punya plan untuk gi Skycab je. So jangan buang masa. Pagi2 dah kuar siap2 gi sarapan. Bukan apa, kalau nak gi naik SKYCAB ni baik gi awal2. Kang cuaca dah panas tak best. Lagipun yang bawak anak2 ni baik gi awal. Taklah bersesak2 nanti.
Kami ambik yang Skycab Admission ni je. Skydome + Skyrex + 3D Art. Untuk pakej ni, tiket x termasuk Skybridge. Untuk ke Skybridge tiket lain pulak. Ada 2 option. Tiket jalan kaki atau tiket naik Skyglide. Memamg taklah kami nak jalan kaki turun tangga kan. So, belilah yang skyglide. Nak info lanjut http://www.panoramalangkawi.com/.
Lokasi Sarapan pagi Day-2 |
Sampai dah SKY cab |
Gayat katanya. Maknya yg pegang tu pun gayat bebenornya. |
Tak boleh move on lah tgok sunset kat Malibest ni. Tiap ptg (mcm dah byk petang je aku kt cni kan) kami akan lepak tepi pantai ni. Satu moment yg tak boleh dilepaskan |
Tepi pantai + sunset + Maggi Cup. Fuh. Menenangkan |
Kuih2 pun ada. Semua sedap2. |
Selesai sarapan trus balik coz diorang nk gi pool. Maklum lah hari last, semua nk rasa.
Makan kt sini time tengahari boleh tetido dibuat ya. Duk bawah pokok, past tu angin pulak kuat. fuhh. |
Akhirnya, setelah berjam dalam Airport. |
bye2 Langkawi. Ada rezki kami mai lagi. Walau pun dah beberapa kali pergi, tapi first time pergi ngan family yg dah ramai ahlinya ni mmg lain rasanya. Walauoun agak penat ngan baby tapi best. |
Comments
Post a Comment
ulasan