Selamat Hari Raya PKP 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri  24hb Mei 2020 Ahad. Maaf zahir batin. Syahdu bila dengar takbir  raya kt TV je. Tak macam selalu, takbir Sama2 kat surau n masjid. 


Apa nk buat, kita masih dalam tempoh PKPB. Tak pernah terpikir langsung kan situasi raya macam ni. Syawal ada tapi x boleh beraya? . Biasa situasi mcm ni kalau negara tengah berperang lah kan atau politik yang tak stabil. Selalu kan kita sebut atau dalam khutbah raya, syukur alhamdulillah negara kita aman, dapat lah kita beraya dengan aman dan selamat. Sape sangka kan apa yg akan berlaku. 



Situasi apa pun raya tetap raya. So, raya tahun ni tak semeriah dan sama mcm sebelum2 ni. Tiada solat hari raya Aidilfitri, bayar zakat fitrah pun online. Tiada perjalanan balik sesak2 ke kampung, gi beraya rumah ke rumah juga hanya satu hari dibenarkan. Itu pun hanya dalam Negeri sahaja. Oklah sekurang kurangnya kerajaan ada juga beri kelonggaran utk kita sambut Syawal ni. 

Apapun mood raya tetap ada. 
Masih masak ketupat n rendang, baju melayu baru tetap sedondon, baju baru utk anak2 sepasang dua (cukup syarat), pasang pelita, kuih raya pun  kami beli jugak walau dah tau, x de sape nak datang pun . Tapi paling dasyat bab kemas rumahlah. Non stop dari awal ramadhan (awal PKP sebenarnya) Ada je menda yg nak dibuat. Bukan boleh beraya sangat pun. 












Mood raya ni bukan boleh dibuat buat, tapi datang sendiri. Kena plak bila radio pasang lagu raya. Gembira Campur sedih. Mood Time syawal ni agar bercelaru. Tapi sebagai parents kita ni kena lah jugak sentiasa happy sambut raya ni utk anak2. Diorang  tak boleh hadam lagi situasi negara sekarang ni. Yang diorang tau. Raya ni happy coz ada baju raya, mercun, dapat duit raya.  So bagi diorang happy. Jangan matikan mood diorang. move on je lah.


N, pagi ni kami beraya kt rumah sendiri dulu before kerumah mak ayah aku. Sebab nk solat Aidilfitri dulu kt rumah. First timelah jadi imam solat Aidilfitri. Banyak yg first time raya tahun ni. Pas solat n bermaaf maafan, baru makan Sama2. Tapau sikit baru gerak bwraya kerumah mak ayah.


Comments

Popular Posts