PANTAI TANJUNG KLING MELAKA - 19 OGOS 2020
Jalan2 sempena cuti tahun baru hijrah 1442. Selamat tahun baru.
Tak ada dalam plan pun. Coz cuti 1 hari je. Kalau cuti 5 hari memang dah plan nk gi Maldives (Padahal Kelantan pun x pernah sampai.). Tetiba adik ipar call ajak gi satu lagi rumah adik ipar kat Melaka. Ok je on.
Dengar2 pantai belakang rumah diorang je. Oklah tu. Tapi tetap x de plan nak bawak anak gi mandi. So memang tak ready lah bawak baju spare kan. Asalnya ''boleh x saya pijak air? Pas tu, boleh x nak duduk je?''.
So..inilah hasilnya. Dengan berpakaian macam nak gi Parkson tapi gi mandi laut. Memang kelaut. Habis dengan suar2 jeans tu diorang rendam. Lantak koranglah. Jangan ngadu tak selesa ke sejuk lah time balik nanti sudah. Lagipun sesekali datang kata maknya.
Gumbira sungguh..Anak aku 3 orang. Yang dua lagi anak adik ipar.
Yang bestnya kat cni, tak ramai orang. Tak macam PD. Coz masa ondaway tadi susur masuk ke PD jem.
Yang ni 15 minit before. Kat Bandar Hilir. Plan dia, tapau n makan kat tepi pantai.
Cendol Jam Besar.
Teringin nak gi Muzium katanya. Sori Rayyan. Hari ni memang tak ada dalam plan. Time ni pun dah pukul 6. Memang tak sempat lah. Kalau nak pergi nanti mak ayah plan betul. Next time ye.
Ok. Habis dah percutian.
Comments
Post a Comment
ulasan