RIMBA KALONG EKO RESORT ULU YAM SELANGOR

Hobi baru, aktiviti lama.  Dah tinggal lama dunia camping2 ni. Last 2004 dulu Gunung Ledang Johor. Baru nak start balik. Lokasi camping kami di Kalong Eko Resort Ulu Yam Selangor. Ini je yang masih kosong. Apa taknya, Malam Rabu tetiba call ajak camping. Asalnya plan kat Janda Baik, tapi last petang khamis tu, owner call bagitau dah full book. Buang masa je aku balas2 wasap dari pagi sampai petang. Last bgtau full. Kan senang bagitau awal2. Aku boleh plan yang lain. Sekian. So, ondaway balik kerja tu, wife pulak try google2. N then dapatlah Kalong Eko Resort ni. Memang agak susah lah nak cari tempat camping last2 minit ni. Lagipun bila dah berfamily n ada anak kecik ni kena cerewet sikit pilih tempat. Taknaklah tempat2 yang betul2 dalam hutan tu. Masih belum sesuai. Memang nak cari kawasan yang luas.


Macam bukan gi camping kan??. Ber beg roda bagai. hahaha. Inilah dunia camping zaman now. Moden. Ada lagi yang lebih moden sebenarnya, Glamping. Itu lagi senang, khemah pun takyah bawak. Tapi agak mahal sikit lah. RM dia sama macam ko beli satu khemah.


Ok. Ready..Bismillah.


Alhamdulillah. Sampai dah kat UK..Disebabkan first time datang, 2 jam gak lah dari rumah. Nak story part jalan masuk ni. Jalan masuk agak mencabar la untuk kereta2 standard macam kami ni apalagi kalau tayar kangkang. Memang tak lepas lah. Jalan berturap, tapi biasa lah dalam hutan kan. Anggap jelah macam off road. Tapi bolehlah lalu. Pelan2. Pas tu muat2 je satu kereta. Kebetulan datang awal2 pagi memang tak berselisih lah. Coz takder yang keluar dari resort. 


Ok sampai2 member dah tolong pacak khemah. 


Ok, kat sini style dia, sapa cepat dia dapat. Kiranya takderlah nk booking2 tapak atau diorang dah tetapkan tapak. Nak tepi sungai lah, tepi toilet lah. Sape sampai pacak je kat mana korang suka. Mana2 pun boleh. Nak tengah padang pun boleh. Asal korang bahagia. Kata pekerja resort ni lah. So aku pilih yang tepi khemah besar ni. Senang, kalau hujan lebat boleh lah angkut barang dalam khemah. Kat sini memang ada port yang paling best lah. Tepi sungai, bawah pokok buluh, redup je n ada bangku panjang, Memang best. Tapi dah lambat, ada orang dah pacak dulu. Ingat kami dah sampai awal. Brother tu lagi awal. Tengah malam tadi dah sampai. Apapun tq bro, sebab tolong pasangkan khemah. 


Yang ni view sungai dari tapak khemah. Agak ke bawah n curam sikit lah dari tapak khemah. Kalau ada bawa anak kecik make sure temankan. Takut tergelincir. 


Resort ni ada 3 bahagian. 

Tapak Khemah dan Kabin. Yang ni memang tapak khemah utama. Sepanjang tepi sungai pulak ada 3 bilik cabin. Kemudahan yang ada, Tandas, plug point (disarankan bawak sendiri extension) coz plug point ni share2 dengan semua orang. 

Satu lagi bahagian adalah kawasan chalet n ada swimming pool. So ada option lah. Nak camping, duk cabin atau nak duk chalet. Tapi yang bestnya, kat kawasan chalet ni pun dibenarkan pasang khemah n BBQ jugak. 

Tengah2 pulak ada surau, dewan bumbung n pentas. Ada karaoke lagi. Mana nak cari tempat camping yang ada pakej karaoke. Murah pulak tu. Karaoke ni sampai kul 12.00 malam. So kalau yang camping nak feeling2 damai bunyi unggas tu memang tak lah kan. Kalau nak damai duk yang hujung tu ok sket.  Satu lagi, kat tengah2 ni ada disediakan sinki panjang untuk basuh pinggan. So tak yahlah korang bawak pinggan dan cawan2 polistrin ni. Jaga alam sekitar.

So kemudahan asas yang ada :

1. Tandas / Bilik Air
2. Plug Point
3. BBQ pit (RM50)  - Arang harga lain. Nak jimat bawak sendiri 
4. Meja banquet/bulat + kerusi (FOC n takde limit. Tapi beragaklah kan)
5. Dewan + Karaoke
6. Surau
7. Kedai makan + mini mart
8. Swimming Pool


Untuk park kereta pulak. Boleh park je kat mana2. Janji bersusun lah. Biasa macamni lah. (Padahal baru pergi sekali). Aku park je dekat ngan khemah, Senang kalau nak ambik barang n kemas time balik nanti.


Ni khemah yang diorang pasang sepanjang sungai. Kalau tengahari agak panas sikitlah kalau nak duk dalam khemah. Kecuali ambik yang port hujung bawah pokok buloh tu. 


So kalau  nak sejuk lepak je kat sungai ni. Ni keadaaan normal, kalau tak hujan lah. Air jernih sangat2 n tak deras. Sesuai untuk budak2 mandi.  Kawasan luas n tak ada batu2 besar kat dasar.


Clearkan. Takde banyak batu2 besar. 




Bertabahlah. Makan roti je dulu. Apa nak buat. Unexpected plan. Nak kuar balik jauh. Kalau dah keluar memang tak patah balik dah. Masa ni memang tak tau plak ada kedai makan kat2 area ni. 



Yang ni setup khemah kami. Khemah depan khemah. 


Yang ni dewan surau. 


Tabah duk depan BBQ tunggu sosej masak ye.


Masih menunggu....krik krik


Sib baik ada sedikit hiburan...tak pernah tak kelakar yang baju rimau tu. 


Yang ni dah selamat tidur dah..


Alhamdulillah. Dah start ramai. Baru meriah.



Dah macam rewang kt rumah kenduri. Padahal gi camping. Takdenya nak survival2 kalau dah beranak pinak ni. Mengamuk anak2 tunggu makanan masak. 







Aktiviti malam. Sambung melantak. 


Yang depan nampak pintu tu bilik kabin. Design mamang nampak macam toilet. Tapi memang ada toilet pun kat luar tu. N toilet tu toilet bilik tu punya n bukan public. Tapi banyak orang konfius, ingat tu tandas awam. Siap beratur lagi depan bilik air tu. Padahal ada penyewa dia. Yang public satu je, yang hujung padang tadi. Tapi kalau memang tak ada orang sewa, bolehlah tumpang guna. Coz memang tak berkunci. Tak pun minta izin guna.


Alhamdulillah cuaca elok n tak hujan.




Disebabkan cuaca elok n tak hujan. Nilah hasilnya. Mandi sungai tengah2 malam. Mandi sama je cam siang tadi. Beza terang dengan gelap je. 







Tengoklah..Dari gelap, sampai siang diorang masih mandi. Tapi bukan. Ini pagi esoknya. Baju je yang sama.















Ok.. habis dah. Dari lima ha. Aku bagi 4 ha.. Best. Perkerja2 resort ni semua ramah2. Tak jenis berkira  kalau nak guna kemudahan diorang. Lebih2 kurang je. Sesuai untuk yang nak camping tapi ada anak2 kecik. Santai2 je, Lokasi pun tak jauh sangat. 

 

Comments

Post a Comment

ulasan

Popular Posts