CAMPING - SOJUK RIVERSIDE 11-14 MAC 2022

Selepas , kalong, kalong, kalong n kak long.eh Sori..kalong. Kali ni kami cuba n try tempat baru. Sojuk Riverside Batang Kali. N kali ni paling lama 4 hari 3 malam. Macam gi bercuti ke Kundasang dah. Sebenarnya dah booking lama dah. Bak kata dak tiktok, semuanya dah dirancang, kita je yang lalai.  Booking tahun lepas. Tapi sebab PK, PK, PK, PK P. So tak jadi2. So apapun, before puasa ni memang dah plan kasi jadi. Kira cam penutup lah. Kononlah tu. 

Ok plan dia macam ni. Hari jumaat pagi asalnya datang just nak pacak khemah. Biasalah nk port cantik depan sungai kenalah datang awal. So, esoknya hari sabtu baru check in. So masa kami datang memang dah ada 2 family. Tapi tempat yang kami nak tu memang masih kosong. Memang cantik lah. Tapi masa kami sampai ada jugak 1 2 port yang menarik. Macam pictures bawah ni.

Yang ni redup tapi tapak dia tak cun. Banyak batu

Setelah dikaji n dibahas dan dengan berbekalkan keputusan SPM geografi 7. Maka kami memilih port yang bawah ni. Memang port asal seperti yang drancang. Asalnya port yang kami pilih ni bersebelahan dengan satu jambatan konkrit. Klu korang tengok video2 lama Sojuk riverside dalam youtube, korang mesti perasan ada satu jambatan konkrit. Port budak2 terjun. Rupanya jambatan tu dah takde. Bak kata owner dia, jambatan dan runtuh. Ada balak hanyut masa banjir itu hari. 

Maka...bermulalah aktiviti memasang khemah. 

Dan...masih dalam proses...

Alhamdulillah siap. Semua sekali 5 Khemah. 2 Khemah Unta, satu Arpenaz 4.1, Arpenaz satu Khemah Base M, dan Satu khemah Coleman.

View pagi. Masih berembun dan berkabus

Semua lepak ngadap sungai. Nak mandi ke tak.

Masih memikir....Maklumlah pagi2 ni sejuk.































Alhamdulillah selesai sudah. Just nak bagitau tempat ni memang ok n sesuai untuk family. Paling best sungai dia. Sungai dia panjang dan tak dalam pun. Kedalaman sungai ni sepanjang campsite sekata. Kiranya takdelah sekejap dalam kejap cetek. Kalau budak2 tu paras punggung je. Yang best nya korang boleh sewa pelampung. 

Untuk fasiliti pulak, ada 2 set tandas. yang laki pompuan, n ada satu lagi yang banyak sikit ada 6 tandas. Kalau untuk yang tak nak khemah boleh sewa kabin. n Kalau yang tak bawak khemah boleh sewa khemah yang dah ready. Plug point ambil kat tepi kabin. Make sure sape yang ambik port tepi sungai macam kami ada wayar extansion yang panjang.

N Kalau apa2 kecemasan atau keperluan boleh je terus ke rumah penjaga berdekatan tapak khemah tu juga. Satu lagi nak bagitau, tapak khemah ni dekat je dengan bandar batang kali. Tepi ja;an utama. Kiranya kalau korang habis atau terlupa beli stok makanan atau keperluan camping boleh je keluar drive ke bandar batang kali. Lengkap ada pasaraya, klinik, kedai elektrik, Econsave pun ada. N kalu dah malas nak masak gi jelah restoran berdekatan. 

Ok itu je takat ni.


























Comments

Popular Posts