FAM dan TATATERTIB BERPISAH TIADA
Annuar Musa dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM 4 April / 2012/03/29
KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bertitah, timbalannya, Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal di media.
Baginda bertitah Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.
"Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," titahnya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini. -
Sumber Berita Harian / BERNAMA
Ni lagi satu isu bola sepak negara. Isu lebih gempak berbanding prestasi dan pencapaian sebenar. Seolah-olah sukan nilah penyumbang utama pingat negara. Itu tak kira soal peruntukan dan habuan lagi. Tak macam sukan lain, prestasi dan pencapaian lebih berbanding isu. Tahniah kepada atlet squash negara, skuad hoki, badminton, terjun, bowling, basikal dan lain-lain yang kurang popular tetapi bertaraf dunia. Bagi aku benda-benda remeh-remeh macam ni tak perlu lah diperbesarkan.
Setakat kritik tak kan dah kena Jawatankuasa Disiplin. Apalah sangat kritikan itu berbanding usaha beliau selama ini. Lagipun beliau bukan siapa, Timbalan Presiden FAM sendiri. Anggaplah ini sebagai nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya atau tidak pun kritikan ini datang dari salah seorang jutaan peminat skuad bola sepak negara. Ini bukan kes pertama melibatkan FAM. Sebenarnya kritikan adalah bagus untuk kemajuan. Kalau tak ada orang kritik macammana nak tau bola sepak kita bagus atau tidak walaupun hakikatnya yang mutu Bola sepak kita memang masih jauh ketinggalan berbanding pasukan Asia lain.
Bola sepak bukan sekadar Pengurus, Jurulatih dan pemain sahaja. Bolasepak ibarat satu syarikat besar yang melibatkan Pengurusan yang cekap. Sekiranya syarikat rugi atau tidak berdaya saing pengurusan perlu lebih dipertanggungjawabkan walaupun ada pekerja-pekerja mereka yang tidak cekap. Ini kerana pengurusan lah yang bertanggungjawab mengambil pekerja tersebut. Senario Ini tidak terjadi kepada pengurusan bola sepak. Sekiranya skuad bola sepak gagal dalam satu-satu misi apa yang dapat kita lihat hanya jurulatih dan pemain yang ditukar ganti namun pengurusan masih kekal selesa di atas.
Cuba kita pikir, dah berapa ramai jurulatih yang kita tukar, dah berapa ramai pemain silih berganti menyarung jersi kebangsaan, namun skuad kebangsaan masih tak jauh berubah. Kat mana silapnya? Adakah salah penonton?.
Apapun tahniah lah untuk skuad kebangsaan kerana berjaya mengekalkan pigat emas Sukan SEA dan piala AFF. Kita biasa dengar bila skuad kebangsaaan berlawan dengan pasukan-pasukan besar Asia, sesetengah orang akan kata, "hebat jugak lah Malaysia, CUMA kalah 2-0 je lawan dengan Jepun. Fight jugak kan". Kalah 2-0 pun masih berpuas hati dan dianggap membanggakan kerana mentaliti kita, Jepun tu pasukan kuat dan no. 1 Asia, tapi kalahkan Malaysia 2-0 jer. Kira fight lah jugak. Janji kita terbaik di Asia Tenggara. Penerimaan kekalahan tersebut seolah-olah pasukan Malaysia baru 2-3 tahun ditubuhkan dan kekalahan sebegitu dianggap normal dan membanggakan. Pada hakikatnya skuad Negara sudah berpuluh tahun ditubuhkan.
Sampai bila, kita akan bercakap begitu? Sampai bila kita akan berpuashati sebagai jaguh Asia Tenggara sahaja.
Sudah tiba masanya, bila kita kalah dengan Jepun atau mana-mana pasukan Asia kita akan berasa kecewa dan malu. Kalau pasukan Asia pun tak boleh nak lawan apatah lagi pasukan sehandal Brazil atau Sepanyol. Sekiranya pemain ingin maju dalam bola sepak mereka mesti mengubah mentaliti mereka dari cukup hanya sekadar jaguh Asia Tenggara dan mengatakan pasukan asia tenggara dan asia bukan lagi saingan mereka.
Comments
Post a Comment
ulasan