Dalam masjid pun buat kecoh
Hai macam-macam kes..apalah nak jadi dengan diorang nie.. Dalam masjid pun bak buat kecoh, padahal sesama islam. Aku bukanlah nak menyokong sesiapa. Tapi apa yang dilakukan oleh penyokong anwar tu memang dah melampau. Biar lah Datuk Trio tu nak bersumpah laknat, itu kan hak dia. Lagipun kalau apa yang disumpahkanya tak betul, dia sendiri yang akan terima balasannya bukannya anwar. Apa yang diorang kecoh-kecoh nak halang. Lainlah kalau Datuk Trio tu pergi jumpa bomoh, nak buat santau kat anwar ke nak buat jampi serapah ker, lainlah. Masa tu kalau korang nak berpiket depan rumah bomoh tu pun takder siapa nak halang. Wahai penyokong2 anwar, jaganlah terlalu taksub sampai apa yang berlaku dinafikan. Mungkin korang ingat semua itu fitnah kerajaan, orang suruhan kerajaan. Kita sebenarnya sendiri pun tak tahu siapa yang berlakon dalam video itu, oleh itu serahkan sahaja perkara ini kepada yang pakar.
Comments
Post a Comment
ulasan