TREND ARAHAN KERJA MENGGUNAKAN WHATSAPPS SELEPAS WAKTU BEKERJA



Image result for whatsapp


Penggunaan WhatsApp sememangnya memudahkan komunikasi malah mampu melancarkan urusan kerja akan tetapi arahan majikan melalui aplikasi WhatsApp selepas waktu bekerja dikatakan memberi tekanan kepada pekerja.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, apabila urusan kerja masih berlaku menerusi aplikasi WhatsApps selepas waktu pejabat, ia merupakan satu tekanan kepada pekerja serta aplikasi itu tidak sesuai digunakan untuk urusan rasmi pejabat.

"Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja pihak syarikat perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya.

"Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan penyampaian pesanan," tambahnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan undang-undang yang lebih jelas dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika pekerja bekerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa tapi itu hanya terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal.

Ok..Apa kata anda??

Comments

Popular Posts