KEMPEN - BUY MUSLIM FIRST

Kebelangan ni banyak betul lalu kat wall aku buy muslim first, kempen beli produk muslim. Alhamdulillah, banyak kesedaran. Sebab mencari yang halal itu perlu. Bukan kata produk non muslim semua tak halal, tapi produk muslim insyaAllah memang dijamin halal. 





Bagi aku kempen dah bagus, cuma komen-komen dalam tu ada yang tak berapa nak bagus. Nampak ada yang terlalu rasis, emosi. "Padan muka, biar bungkus kedai diorang".  . Just like, share komen yang baik2 sudah. Tu belum lagi yang up barang sendiri and then kondem barang orang lain. Siap bagitau jenama yang dikondem plak tu. Rasanya tak perlu buat macam tu. Biar bisnes kita maju dan dikenali disebabkan kualiti barang kita sendiri bukan disebabkan kelemahan produk pesaing atau disebabkan kesian.

N then satu lagi, yang rajin post kat media sosial pasal kempen2 ni terutama dalam group whatsApp, jagalah adab dan sensitiviti kawan2 lain dalam group  terutama group yang ada non muslim. Kadang2 macam tak der langsung rasa bersalah. Lagipun buat apa korang nak share "strategi" korang kat orang bukan muslim. Ibarat korang nak serang negara A, pastu korang share strategi tu ngan orang negara A. Apapun, sebenarnya ada hikmah kempen ni. Bila ramai tak beli, harga jatuh. Kan bagus tu. Kempen ni bukan untuk kita je, Semua dapat manfaat. 

Comments

Popular Posts