GROUP WHATSAPP SEKOLAH ANAK.

Tahun ni aku ada 3 anak yang sekolah. Dan automatik ada tambahan 3 group whatsapp baru wakili setiap kelas anak-anak. Rasa benda ni cam semak je tapi memang PENTING. Aku ok jer. Sebab aku tau cikgu ni tubuhkan group whasapp ni nak memudahkan berkongsi maklumat dan info terkini berkenaan pelajaran anak-anak contohnya kalau ada perubahan jadual ke, atau ada parents nak bagitau anak tak dapat nak datang sekolah ke. Apa-apalah yang berkaitan sekolah anak. Tapi cam biasa and group2 kelas sebelum ni, mesti ada sesetangah parents yang annoying. 

Tolonglah jangan post menda2 yang bukan berkaitan hal sekolah anak. Hari pertama aku dah rasa macam nak left group. Masing2 dalam group duk tanya, anak dia ok tak? anak saya macamane yer, nangis tak??, anak saya tak ada dalam gambar pun? Cikgu, bolehtak ambikkan gambar anak saya?. Adoi tolonglah. Macamlah cikgu tu tau yang mana satu anak korang. Banyak plak masa cikgu2 tu nak layan semua orang n nak ambik gambar satu2.

Yang post iklan jual produk pun satu. Ayat plak "tumpang iklan jap yer". Time ni lah ko nak meniaga. Dan satu lagi, on behalf cikgu2 yang buat group ni, parents pun jangan lah demand dan cerewet sangat. Warna pencil hilang pun nak post dalam group ke??? Siap remind guru, tolong pantau pelajar dalam kelas sebab barang anak dia hilang. Yang anak cedera plak, remind cikgu suruh pantau anak diorang time main waktu rehat. Alahai, biasa lah tu pencil atau warna hilang. Anak calar-calar sikit tu pun biasa lah. Budak kan. Pesan je kat anak sendiri, hati2 kalau main tu. Cikgu pun bukan boleh setiap masa nak tengok anak kita je. Doakan yang baik2. Yang malas membaca satu hal lagi. Dah post tapi masih still tanya. Jenuh lah cikgu nak jawab satu-satu. Sabor je lah.

Sekian.

Comments

Popular Posts