TAHNIAH SELANGOR : KE FINAL PIALA MALAYSIA 2015 KITA


Tahniah Selangor, berjaya ke final piala Malaysia 2015. Terbaik lah Norazlan. Banyak selamatkan percubaan-percubaan pasukan Pahang. Kalau tak. Lama betul aku tak gi stadium tengok Selangor main di final ni. Kali terakhir adalah 10 tahun lepas apabila kalahkan Perlis pada final Piala Malaysia 2005.  Masa tu aku pun gi stadium gak. Berbaloi bersesak-sesak. Tapi itu bukan yang terakhir aku gi stadium. Tahun 2008 sekali lagi Selangor ke final lawan Kedah, tapi takder rezeki lah. Masa tu memang Kedah tengah up. Pemain import diorang memang power time tu. Aku sampai terpikir “Tengoklah nanti, kalau pemain import korang takder”

Ntah camner, seingat aku selepas tahun tu, pemain import tidak dibenarkan lagi. Sejak tu, prestasi pasukan Kedah down sikit dan last sekali terus jatuh di Liga perdana. Tahun ni Selangor akan bertemu Kedah sekali lagi. Bezanya, mereka akan bermain di Stadium Shah Alam. Bagi aku Stadium Shah Alam bukanlah stadium keramat Selangor lagi. Sebab kebanyakkan pasukan di Malaysia nie dah biasa main kat sini. Stadium Shah Alam ni dah macam stadium nasional jugak. Banyak game international melibatkan pasukan negara diadakan di sini. So, mungkin membezakan adalah dari segi sokongan penonton. Apa pun kipidap dongibab. Misi 33.


Comments

Popular Posts